Kursus In Design Peringkat Asas dan Pertengahan ini merangkumi pengunaan alatan-alatan asas untuk menghasilkan menyunting dokumen pelbagai guna seperti majalah, buku, lapuran tahunan dan brosur.
Objektif Kursus
Faham cara kerja perisian In Design untuk rekabentuk dokumen bercetak atau digital.
Boleh mengunakan alatan-alatan asas perisian In Design.
Boleh menghasilkan kerja akhir dokumen ke format-format yang sesuai.
Kumpulan Sasar
Pereka grafik dan pembangun aplikasi multimedia
Penyelengara laman sesawang
Pegawai-pegawai IT dan multimedia
Juruteknik yang mengkhusus bidang grafik
Tenaga pengajar bidang grafik
Pelajar dan orang perseorangan yang berminat bidang grafik
Peserta Kursus Adobe Photoshop (Asas dan Pertengahan) akan diajar dengan kemahiran asas untuk merekabentuk grafik digital bagi kegunaan web atau multimedia menggunakan perisian Adobe Photoshop.
Kursus ini dilaksanakan melalui kaedah penerangan, demonstrasi dan latihan amali. Ia diharap dapat mengembangkan kreativi peserta dalam mereka bentuk dan mengolah grafik digital bagi pelbagai kegunaan.
Objektif Kursus
Menggunakan peralatan-peralatan dalam Adobe Photoshop untuk tujuan merekabentuk grafik.
Menggunakan teknik-teknik pengolahan grafik digital yang berkesan.
Menghasilkan kerja akhir grafik keformat-format digital yang sesuai.
Mengembangkan kemahiran menghasilkan imej-imej baru.
Kursus Illustrator Peringkat Asas dan Pertengahan ini merangkumi pengunaan alatan-alatan asas untuk menyunting gambar digital pelbagai guna. Kursus ini sesuai untuk pereka-pereka grafik.
Objektif Kursus
Faham cara kerja perisian Illustrator kerja-kerja penyuntingan
Boleh mengunakan alatan-alatan asas perisian Illustrator.
Boleh menghasilkan kerja akhir grafik ke format-format digital yang sesuai.
Kumpulan Sasar
Pereka grafik dan pembangun aplikasi multimedia
Penyelengara laman sesawang
Pegawai-pegawai IT
Juruteknik yang mengkhusus bidang grafik
Tenaga pengajar bidang grafik
Pra-syarat
Berpengalaman dengan sistem operasi asas Window seperti menyimpan, menyalin dan mencari fail dari cakera keras, CD dan lain-lain media.