Kursus Membina Laman Web – Joomla (Asas dan Pertengahan) ini bertujuan untuk melatih peserta kaedah dan cara yang betul membina dan menyelengara laman web menggunakan Sistem Pengurusan Bahan (Content Management System – CMS). Peserta akan belajar memasang, mengurus dan mengolah komponen, modul serta plug-in di dalam Joomla agar laman web menjadi tersusun dan berfungsi. Kaedah menyelengara laman web dan penyediaan fail sandaran (back-up) juga akan ditunjuk-ajarkan.
Objektif Kursus
Mempelajari cara kerja membina laman web dengan menggunakan sistem pengurusan maklumat terbuka (Open Source Content Management System)
Memasang dan mengolah template Joomla!, memasuk dan menyelenggara struktur menu, komponen, modul dan plug-in.
Memasukkan dan menyunting teks gambar dan lain-lain bahan rencana mengikut kategori.
Mengetahui cara membuat fail-fail sandaran (Back-up) yang telah dibina.
Prezi merupakan perisian ditalian yang mampu menghasilkan persembahan menarik. Persembahan yang dibina berkonsepkan timeline berterusan dan setiap paparan akan ditumpukan dengan animasi zoom yang kemas dan berterusan.
Objektif Kursus
Faham cara kerja perisian Prezi untuk persembahan digital Boleh mengunakan alatan-alatan asas perisian Prezi Mahir dengan kerja-kerja penyuntingan dalam penghasilan persembahan digital Boleh menghasilkan kerja akhir persembahan digital Prezi
Kursus sony SoundForge: Asas dan Pertengahan ini mengajar peserta cara mengunakan perisian untuk membuat rakaman suara digital. Rakaman yang terhasil boleh disunting mengikut keperluan suara tersebut samada untuk persembahan multimedia, internet ataupun CD.
Perisian Online VideoScribe boleh digunakan bagi menghasilkan video beranimasi dengan mudah serta menarik. Banyak elemen-elemen grafik, video dan bunyi disediakan, yang boleh kita gunakan.
Objektif Kursus
Faham cara kerja perisian VideoScribe untuk video digital Boleh mengunakan alatan-alatan asas perisian VideoScribe. Mahir dengan kerja-kerja penyuntingan dalam penghasilan video digital Boleh menghasilkan kerja akhir video ke format-format lain.
Perisian Online PowToon boleh digunakan bagi menghasilkan video beranimasi dengan mudah serta menarik. Banyak elemen-elemen grafik, video dan bunyi disediakan, yang boleh kita gunakan.
Objektif Kursus
Faham cara kerja perisian PowToon untuk video digital Boleh mengunakan alatan-alatan asas perisian PowToon. Mahir dengan kerja-kerja penyuntingan video digital Boleh menghasilkan kerja akhir video ke format-format lain.
Perisian Adobe Premiere banyak digunakan dalam penyuntingan video digital oleh para juruvideo di peringkat asas dan profesional. Ia popular kerana kebolehannya melakukan kerja-kerja penyuntingan melalui alatan-alatan yang mudah digunakan.
Objektif Kursus
Faham cara kerja perisian Adobe Premiere Pro untuk video digital
Boleh mengunakan alatan-alatan asas perisian Adobe Premiere Pro.
Mahir dengan kerja-kerja penyuntingan video digital
Boleh menghasilkan kerja akhir video ke format-format lain.
Penghasilan video sebenarnya tidak hanya melibatkan penyuntingan biasa sahaja. Bagi juru videoprofesional mereka memerlukan alatan tambahan bagi meningkatkan lagi kesan-kesan khas yang memberikan impak besar. Perisian Adobe After Effects dapat memenuhi keperluan ini dengan ciri-ciri alatan tambahannya yang dinamik dan fleksibel.
Objektif Kursus
Faham cara kerja perisian Adobe After Effects untuk video digital
Boleh mengunakan alatan-alatan asas perisian Adobe After Effects
Mahir dengan penambahan efek dan penyuntingan video digital
Boleh menghasilkan kerja akhir video bersama efek ke format-format lain.
Tutorial Online Kursus SketchUp yang merangkumi pengunaan asas alatan SketchUp, Units, Views, Push-Pull, Follow Me, Rotate, Move, dan lain-lain lagi. Klik pada capaian video YouTube bagi mengikutinya di playlist kami.
Tutorial on-line Adobe Photoshop ini memaparkan langkah-langkah mudah dan ringkas teknik pengunaan perisian bagi mengolah imej digital. Setiap satunya disusun khusus merangkum semua tajuk-tajuk yang perlu bagi menguasai pengunaan perisian ini.
Tutorial Adobe Premiere Pro Peringkat Asas dan Pertengahan ini merangkumi pengunaan alatan-alatan asas untuk menyunting video digital bagi pelbagai guna. Kursus ini sesuai untuk mereka yang ingin menceburi bidang penghasilan dan penyuntingan video. Ia disusun mengikut topik-topik kecil agar mudah diikuti.
Kami menyediakan tutorial on-line bagi mereka yang ingin belajar perisian Adobe Illustrator secara mandiri. Tutorial ini memaparkan langkah-langkah pengunaan dan teknik penghasilan, secara mudah dan ringkas. Setiap satunya disusun bagi merangkumi semua tajuk-tajuk yang perlu bagi menguasai pengunaan perisian Adobe Illustrator.
Perisian Swish Max banyak digunakan bagi menghasilkan persembahan multimedia kerana ia mudah menghasilkan efek-efek menarik. Ia mengandungi lebih dari 100 efek yang sedia untuk digunakan. Tutorial perisian multimedia Swish Max 4 ini merangkumi pengunaan alatan-alatan asas, pengolahan efek, memasukkan suara serta muzik. Selain itu ia juga menunjukkan cara penghasilan dan penggunaan butang navigasi bagi membuat aplikasi berinteraktif atau persembahan penuh bermultimedia.
MS Publisher is an easy-to-use, flexible program for creating newsletters, brochures, business cards, postcards, and flyers, among others, for print, email, and the Web. In this course, we will look at how to create a publication from scratch or use one of the hundreds of business and personal designs available in Publisher. This course was designed for persons who need to learn how to use MS Publisher to create, lay out, and edit publications.
Objektif Kursus
In this course, you will create, manage, revise, and distribute publications using MS Publisher.
Kursus In Design Peringkat Asas dan Pertengahan ini merangkumi pengunaan alatan-alatan asas untuk menghasilkan menyunting dokumen pelbagai guna seperti majalah, buku, lapuran tahunan dan brosur.
Objektif Kursus
Faham cara kerja perisian In Design untuk rekabentuk dokumen bercetak atau digital.
Boleh mengunakan alatan-alatan asas perisian In Design.
Boleh menghasilkan kerja akhir dokumen ke format-format yang sesuai.
Kumpulan Sasar
Pereka grafik dan pembangun aplikasi multimedia
Penyelengara laman sesawang
Pegawai-pegawai IT dan multimedia
Juruteknik yang mengkhusus bidang grafik
Tenaga pengajar bidang grafik
Pelajar dan orang perseorangan yang berminat bidang grafik
Peserta Kursus Adobe Photoshop (Asas dan Pertengahan) akan diajar dengan kemahiran asas untuk merekabentuk grafik digital bagi kegunaan web atau multimedia menggunakan perisian Adobe Photoshop.
Kursus ini dilaksanakan melalui kaedah penerangan, demonstrasi dan latihan amali. Ia diharap dapat mengembangkan kreativi peserta dalam mereka bentuk dan mengolah grafik digital bagi pelbagai kegunaan.
Objektif Kursus
Menggunakan peralatan-peralatan dalam Adobe Photoshop untuk tujuan merekabentuk grafik.
Menggunakan teknik-teknik pengolahan grafik digital yang berkesan.
Menghasilkan kerja akhir grafik keformat-format digital yang sesuai.
Mengembangkan kemahiran menghasilkan imej-imej baru.