Latarbelakang

Latarbelakang

Waiz Multimedia telah diperbadankan di Malaysia pada 21hb September 1999 dibawah akta syarikat 1965 dengan nombor pendaftaran 001392943-A. Ianya adalah sebuah syarikat persendirian dan kini beroperasi di alamat :

Waiz Multimedia (001392943-A)
No. 310-A, Lorong Kedah,
Jalan Negara, Melawati Square,
Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur.

Waiz Multimedia juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di dalam bidang-bidang berikut:

No. Rujukan Pendaftaran: 357-02022285

010102: PENERBITAN DAN PENYIARAN/ PENERBITAN/ BAHAN BACAAN
221110: PERKHIDMATAN/ GUNA TENAGA/ KHIDMAT LATIHAN,TENAGA PENGAJAR DAN MODERATOR/NEGOTIATOR

Waiz Multimedia. juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputra.

No. Rujukan Pendaftaran: BP60297593752247816

Teras Perkhidmatan

Kami menumpukan jenis perkhidmatan kepada pembangunan kemahiran IT, peningkatan kerjaya kakitangan serta khidmat nasihat di bidang teknologi maklumat.

Methodologi Perkhidmatan

Kami membangun dan membina kemahiran IT dengan menyediakan kualiti latihan yang terbaik dan dinamik, memberi perhatian secara individu bagi setiap peserta dengan kadar bayaran yang berpatutan.

Komitment kami telah meletakkan Waiz (M) Sdn. Bhd. di tahap yang cemerlang dengan menjadi salah satu pengerak industri selama lebih 10 tahun sejak penubuhan kami.

Pelanggan kami terdiri dari orang perseorangan, syarikat kecil dan sederhana, syarikat korporat, badan berkanun dan tidak ketinggalan jabatan-jabatan kerajaan.

Methodologi Kursus

Waiz (M) Sdn. Bhd. telah membuktikan keberkesanan pembangunan kemahiran dengan keputusan cemerlang yang berterusan. Fokus methodologi kursus kami adalah memberikan:

Persekitaran pembelajaran yang menitik beratkan alatan dan perisian terkini serta peluang pembelajaran sepanjang masa
Perhatian secara individu dalam menunjuk ajar dan arahan bagi mencapai matlamat kursus atau objektif latihan dari jurulatih yang berpengalaman
Pilihan kursus mengikut tahap dan lokasi latihan
Pilihan lokasi kursus mengikut kesesuaian
Analisa keperluan latihan atau kursus
Penyelesaian masaalah mengikut keperluan dan kes