Perisian Microsoft Project merupakan perisian yang boleh digunakan bagi para pengurus dan penyelia projek bagi mengenal pasti, menyusun, memantau dan melaksanakan projek yang sedang atau akan berjalan. Ini termasuk pengurusan bahan mentah, kakitangan, belanjawan dan tarikh sasaran. Perisian ini juga mampu mengenal pasti tugasan-tugasan kritikal (critical path) bagi memastikan tarikh sasaran dipatuhi.
Objektif Kursus
Perserta kursus akan belajar tentang:
Apa itu projek, kerja, tempoh, jadual, tarikh sasaran (dateline) dan milestone.
Mengenal pasti dan menyusun kerja-kerja sesuatu projek.
Memasukkan tempoh kerja, bahan mentah, perbelanjaan projek dan tugasan kakitangan.
Maksud tugasan kritikal dan mengenal pasti, tugasan yang dianggap kritikal (critical path).
Penyeliaan dan pemantauan tugasan melalui jadual dan lapuran.
Perisian Wondershare Filmora banyak digunakan dalam penyuntingan video digital oleh para juruvideo. Ia popular kerana kebolehannya melakukan kerja-kerja penyuntingan melalui alatan-alatan yang mudah dan cepat.
Objektif Kursus
Faham cara kerja perisian Wondershare Filmora untuk video digital
Boleh mengunakan alatan-alatan asas perisian Wondershare Filmora .
Mahir dengan kerja-kerja penyuntingan video digital
Boleh menghasilkan kerja akhir video ke format-format lain.
Infografik adalah penzahiran maklumat secara jelas dan cepat berpandukan data dan fakta. Penzahiran tersebut boleh mengandungi carta, rajah atau aliran teks yang mampu meningkatkan kognatif manusia melalui sistem visual yang cenderung mengenal pola bentuk dan gambar. Penghasilan Infografik yang baik perlu dipelajari dengan mengenal jenis-jenisnya, elemen yang terkandung di dalamnya serta alatan-alatan yang sesuai dan mudah.
Objektif Kursus
Faham apa itu Infografik serta tujuannya
Tahu jenis dan bentuk Infografik
Kenal elemen-elemen yang perlu ada dalam Infografik
Tahu menggunakan perisian yang sesuai dalam menghasilkan Infografik
Revolusi Industri 4.0 adalah sistem fizikal-siber yang mengabungkan pelbagai sistem dunia digital, sistem fizikal dan sistem biologi seperti manusia melalui internet bagi keberhasilan dan manfaat positif. Data cerapan sifat serta tindak-tanduk manusia digunakan bagi peralatan elektronik agar ia dapat menjalankan fungsinya dengan lebih baik seperti apa yang berlaku dalam telefon pintar, televisyen pintar, rumah pintar dan sebagainya.
Objektif Kursus
Setelah tamat kursus ini, para perserta akan tahu:
Konsep serta pemahaman mendalam tentang Revolusi Industri 4.0
Sembilan Bentuk Teknologi Yang Mengubah Aktiviti Pengeluaran dan Perkhidmatan
Keperluan Transformasi Digital Untuk Revolusi Industri 4.0
Kursus ini direka untuk peserta yang ingin memahami pengunaan Microsof Access. Peserta bakal membina dan menyunting pengkalan data baru, membina dan menyunting tables serta reports. Selain itu peserta juga akan belajar membina form dan queries.
Objektif Kursus
Mengetahui kegunaan, antaramuka dan ciri-ciri MS Access
Construct 2 merupakan perisian yang berasaskan HTML 5 bagi membina game 2D. Perisian ini membolehkan kita semua membina game tanpa memerlukan pengetahuan pengaturcaraan yang komplek dan sukar.
Objektif Kursus
Dapat memahami proses pembangunan game berinteraktif untuk pelbagai platform.
Dapat mengolah pebagai elemen game yang bakal dimasukkan di dalam game
Dapat membina sistem pengawalan elemen game serta navigasi.
Dapat membina pelbagai tahap game serta sistem pemarkahan.
Dapat mengekspot game yang dibina ke pelbagai platform.
Kursus ini memberikan tunjuk ajar kepada peserta bagaimana membina applikasi bagi telefon pintar yang menggunakan kerangka Android. Modul kursus ini berasaskan projek-projek contoh yang boleh mereka ikuti. Mereka juga akan belajar asas mereka bentuk applikasi Android, rekebentuk paparan, menu, mengendalikan data dan input dari pengguna. Diakhir kursus, peserta akan dapat melihat aplikasi-aplikasi yang dibina digunakan di telefon pintar.
Objektif Kursus
Belajar tentang persekitaran Android bagi pembangunan aplikasi
Kursus Articulate Storyline (Asas dan Pertengahan) ini merangkumi pembelajaran cara membina aplikasi multimedia berinteraktif. Aplikasi multimedia itu nanti boleh digunakan sebagai bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, tutorial khusus, pemasaran produk atau sebaran-sebaran maklumat am.
Objektif Kursus
Dapat memahami proses pembangunan aplikasi multimedia berinteraktif.
Dapat mengolah teks, gambar, musik atau video di dalam Adobe Captivate sebagai bahan multimedia.
Dapat membina navigasi dan elemen-elemen interaktif lain di aplikasi multimedia yang dibina.
Dapat mengekspot applikasi multimedia menjadi aplikasi ditalian atau EXE.
Kursus Adobe Captivate (Asas dan Pertengahan) ini merangkumi pembelajaran cara membina aplikasi multimedia berinteraktif. Aplikasi multimedia itu nanti boleh digunakan sebagai bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, tutorial khusus, pemasaran produk atau sebaran-sebaran maklumat am.
Objektif Kursus
Dapat memahami proses pembangunan aplikasi multimedia berinteraktif.
Dapat mengolah teks, gambar, musik atau video di dalam Adobe Captivate sebagai bahan multimedia.
Dapat membina navigasi dan elemen-elemen interaktif lain di aplikasi multimedia yang dibina.
Dapat mengekspot applikasi multimedia menjadi aplikasi ditalian atau EXE.